Archive for the ‘Artikel Ilmiah’ Category

PENDAPAT TOKOH-TOKOH NON MUSLIM TERHADAP AL-QUR’AN


1. Harry Gaylord Dorman dalam buku “Towards Understanding lslam”, New York, 1948, p.3, berkata: “Kitab Qur’an ini adalah benar-benar sabda Tuhan yang didiktekan oleh Jibril, sempurna setiap hurufnya, dan merupakan suatu mukjizat yang tetap aktual hingga kini, untuk membuktikan kebenarannya dan kebenaran Muhammad.”

2. Prof. H. A. R. Gibb dalam buku “Mohammadanism”, London, 1953, p. 33, berkata sebagai berikut: “Nah, jika memang Qur’an itu hasil karyanya sendiri, maka orang lain dapat menandinginya. Cobalah mereka mengarang sebuah ungkapan seperti itu. Kalau sampai mereka tidak sanggup dan boleh dikatakan mereka pasti tidak mampu, maka sewajarnyalah mereka menerima Qur’an sebagai bukti yang kuat tentang mukjizat.” Teruskan membaca

Advertisements

Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri

Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga. Teruskan membaca

‘Guru bawa kitab, anak murid berlenggang’

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah warga kota, sering berkunjung ke masjid atau surau berhampiran dengan rumah mereka, untuk mengikuti kelas-kelas pengajian agama atau lebih dikenali dengan istilah kelas-kelas ‘Fardu ‘Ain’ yang melibatkan pengajian seperti ilmu fiqh, akidah, tafsir, hadis dan sirah Nabi. Teruskan membaca

Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)

Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء

Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik.” Teruskan membaca

KENAPA MANUSIA DIUJI OLEH ALLAH SWT

Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya.”

Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.” Teruskan membaca

ANTARA TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

allah_swt_tsunami.jpg

Ingatlah!

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui
iklan, buku, gambar, risalah atau filem. Teruskan membaca

SEKOLAH RENDAH ITU “TINGGI”

ch00073.jpg “Kamu pergi apply JQAF tu cepat. Esok tarikh tutupnya”, pesan bapa saudara saya.

Saya terpinga-pinga. JQAF itu apa?

Saya baru sahaja pulang ke Malaysia. Ramai ahli keluarga yang kelam kabut mencarikan kerja untuk saya. Hasil maklumat daripada bapa saudara saya yang merisik dengan kawan di Kementerian Pelajaran, saya digesanya memohon program JQAF. Teruskan membaca