SEKOLAH RENDAH ITU “TINGGI”

ch00073.jpg “Kamu pergi apply JQAF tu cepat. Esok tarikh tutupnya”, pesan bapa saudara saya.

Saya terpinga-pinga. JQAF itu apa?

Saya baru sahaja pulang ke Malaysia. Ramai ahli keluarga yang kelam kabut mencarikan kerja untuk saya. Hasil maklumat daripada bapa saudara saya yang merisik dengan kawan di Kementerian Pelajaran, saya digesanya memohon program JQAF.

Pagi Jumaat itu, saya ke Pejabat Pos membeli nombor PIN untuk membuat permohonan JQAF secara online. Oleh kerana saya sendiri tidak pasti JQAF itu apa sebenarnya, maka saya sengaja meletakkan syarat-syarat yang ketat di dalam borang permohonan.

Temuduga mesti di Kuala Lumpur.

Kursus mesti di Kuala Lumpur.

Mengajar juga mesti di Kuala Lumpur.

Setelah selesai bertungkus lumus mengejar masa sebelum tempoh tamat, barulah saya luangkan masa membaca dengan terpeinci tentang program JQAF yang baru pertama kali diperkenalkan ketika itu.

“Allah… mengajar di sekolah rendah!”, saya tergamam.

Segala memori saya semasa mengendalikan Belfast Islamic School selama dua tahun di Ireland, menerpa ke ingatan. Terbayang kembali betapa sulitnya kerja saya ketika itu. Saya boleh bertenang melayan kerenah orang tua yang macam-macam di masjid. Tetapi mengendalikan 70 ke 100 kanak-kanak di Belfast Islamic School, saya jadi trauma.

“Ya Allah, Ahad! Sekolah!”, saya pernah terloncat di suatu pagi Ahad kira-kira sebulan selepas saya menamatkan kontrak kerja di Belfast Islamic School.

“Alhamdulillah… dah berhenti rupanya”, saya mengurut dada sendiri.

Setiap pagi Ahad saya selalu berada dalam keadaan tertekan. Menyiapkan silibus mengajar, memeriksa gaji guru, memantau perjalanan kelas, melayan kerenah anak-anak murid… Masya Allah.

Ada yang muntah di tangga.

Ada yang bergaduh hingga pecah cermin mata.

Ada yang minta fatwa, bolehkah makan crisp perisa babi!

Tambahan pula dengan kerenah ibu bapa yang suka membesar-besarkan perkara kecil, dan memandang remeh perkara besar.

Setiap Ahad, adalah hari yang sungguh menyeksa diri. Selepas berhenti kerja, saya masih mengalami trauma apabila bangun dari tidur di pagi Ahad.

DIPANGGIL TEMUDUGA

Oleh kerana program JQAF itu menghendaki saya mengajar di sekolah rendah, saya sudah nekad untuk tidak memberanikan diri menerimanya, andai ditawarkan.

30 November 2004, saya berpindah dari rumah keluarga di Ipoh ke rumah sewa kami di Cheras. Urusan mengangkut barang, sungguh meletihkan. Terutamanya kitab-kitab yang terasa bagai himar saya memikulnya.

Keesokan harinya saya sibuk menyusun barang di rumah sehingga petang.

“Eh, macam ada sesuatu pulak hari ini. Apa ye?”, saya menggaru kepala yang tidak gatal.

“Allah… temuduga JQAF!”, saya terkejut.

Saya terlupa sungguh bahawa pada 1 Disember 2004, sepatutnya saya hadir ke temuduga JQAF di Institut Bahasa di Lembah Pantai.

“Tak ada rezekilah nampaknya”, saya termenung di atas tikar. Sofa pun belum ada.

Terlepaslah peluang saya untuk menyertai JQAF, tetapi saya tidak kesal kerana memang saya sendiri dalam teragak-agak lebih cenderung untuk menolak, andai ditawarkan.

MENGAPA TIDAK JQAF

Baru-baru ini, sahabat saya mengadu bagaimana beliau diperlekeh oleh seorang Profesor kerana menjadi ‘Ustaz JQAF’. Katanya, sia-sia mengaji jauh-jauh ke Jordan, tetapi sudahnya jadi cikgu mengajar sekolah rendah.

“Profesor tu beli title Prof dia kat pasar malam mana?”, saya membalas.

Saya sungguh terkilan dengan pandangan profesor tersebut, atau mana-mana sahaja pihak yang celupar memandang hina guru sekolah rendah. Profesor berkenaan harus sedar bahawa mungkin dia akan menjadi manusia paling bodoh, atau sekurang-kurangnya kelihatan bodoh jika dia diletakkan bersama pelajar sekolah rendah!

Saya menolak peluang untuk menyertai program JQAF bukan kerana saya memandang rendah kepada profesyen perguruan di sekolah rendah. Tidak sama sekali.

Bukankah sering saya ulang, “genius is about changing something complicated into simple

Bukan mudah untuk menjadikan seorang yang tidak tahu membaca kepada tahu membaca.

Bukan mudah untuk menjadikan anak Melayu dari kampung Melayu mampu berbahasa Arab.

BUKAN KERANA MUDAH

Dalam erti kata yang lain, saya menolak JQAF bukan kerana ia terlalu mudah untuk saya, bahkan sebaliknya. Bonda saya sendiri adalah seorang guru di sekolah rendah. Berpuluh tahun saya melihat segala skill dan kebijaksanaannya menterjemahkan pengetahuannya untuk memandaikan si anak murid. Saya sendiri adalah salah seorang anak muridnya.

Pengalaman di Belfast juga menyebabkan saya akur, bahawa memahami ilmu agama, tidak sama dengan tahu memahamkan orang ilmu agama. Sebab itu saya memaksa diri menyambung pengajian Sarjana di bidang pendidikan di The Open University UK, kerana menyedari betapa proses mengajar di sekolah rendah memerlukan kepada segala kesabaran, kebijaksanaan, malah gabungan pelbagai disiplin lain termasuk psikologi kanak-kanak yang turut mencabar doktor di bidang paediatric.

Mengorek history dari seorang pesakit kanak-kanak bukan suatu skill yang mudah.

Pengalaman saya mengajar anak sendiri membaca, menulis dan mengira, sudah cukup mencabar diri ini… “tak cukup cerdik lagi aku ni rupanya!”

Saya tabik 1000 kali tabik kepada rakan-rakan saya yang menyertai JQAF.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: