Posted on April 26, 2008 by alfalah08

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)
Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik.” Read more »
Filed under: Artikel Ilmiah | Leave a Comment »
Posted on April 21, 2008 by alfalah08
Assalamualaikum wrh wbkth..
Kepada semua GPI / JQAF yang dirahmati Allah,
Kalian bolehlah memuat turun soalan-soalan Pendidikan Islam untuk tahun 1 hingga 6 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 di : http://alfalah08.wordpress.com pada bahagian Muat Turun.
Untuk makluman tuan puan, soalan-soalan tersebut telah disediakan oleh pihak SPIM JPNS.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Zainal (KP) atau En Muhamad Nazib (S/U). Terima kasih.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on April 15, 2008 by alfalah08

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Read more »
Filed under: Mutiara Kata | 1 Comment »
Posted on April 14, 2008 by alfalah08

Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya.”
Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.” Read more »
Filed under: Artikel Ilmiah | Leave a Comment »
Posted on April 12, 2008 by alfalah08
Menguji personaliti seseorang bukanlah sesuatu yang sukar. Berikanlah kepadanya amanah dan kuasa, lihat apa yang dilakukannya. Seperti kata Lincoln sekali dulu,
“Hampir-hampir kebanyakan lelaki berupaya menahan pelbagai rintangan, tetapi sekiranya mahu menguji perwatakan seseorang, berikan kepadanya kuasa.”
Filed under: Mutiara Kata | Leave a Comment »
Posted on April 12, 2008 by alfalah08
“Jika kita terus menyerah kepada ketakutan, bagaimana kita akan menghargai keberanian?”
Filed under: Mutiara Kata | Leave a Comment »
Posted on April 12, 2008 by alfalah08

Ingatlah!
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui
iklan, buku, gambar, risalah atau filem. Read more »
Filed under: Artikel Ilmiah | Leave a Comment »